just-me

My photo
welcome 2 my blog ,,, dunno wat 2 say ,,, juz enjoy urself ,, make urslef at home ,, =.= ,, enjoy!!!!

assalamualaikum...


"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)



sesungguhnya allah itu cantik dan suka akn kecantikan


dunia ini sederhana kecil
xbegitu besar dan xjuga kecil
jd dunia ini sederhana kecil...



cinta itu jika dberi tp xditerima umpama
awan menurunkan hujann di tgh lautan...

ali bin abi talib: Ilmu lebih tinggi nilainya dr harta,krn harta perlu dijaga tp ilmu xperlu djaga bahkan ilmu yg menjag kamu..

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya" (Hadis Riwayat Al-Khatib)

dunia ini umpama lautan yg luas...... disitu adanyaa kebahagiaan dan kesedihan ..... tlh ramai yg karam di lautan krn muatan mrk ..... mampukah kita menempuhi lautan yg luas itu dgn iman sebagai muatan dan takwa sebagai layar ?? insyaallah .....


Chat Box

Pages

Monday, November 22, 2010

kepada sahabatku~

salam ,,,,
kpd sahabatku ,,,
org gurau jer la ,,,
jgn la amik ati sgt ngan gurauan yg kasar 2 ,,,
mana la ore tawu yg **** terasa ,,,
sowie ep ,,,,
Read More...
separador

Wednesday, November 10, 2010

Read More...
separador

Sunday, November 7, 2010

read it!

:::[ Hari KEHANCURAN ]:::

by Islam Itu Agamaku on Friday, November 5, 2010 at 11:31pm

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Read More...
separador

Saturday, October 30, 2010

kepa plop!

TASIK GALILEE

Takkala Keringnya tasik galilee, turunlah nabi isa ke bumi [COPIED]






Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah.....



Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya.Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.

Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini.Nama lain bagi tasik ini ialah:

- Lake of Gennesaret

- Lake Kinneret

- Sea of Tiberias



Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,hadis itu memberitahu saya dan anda semua,bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,pada ketika anda tahu itu,anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat.Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...



Saudara serumpunku,anda semua harus beringat,bila tasik ini kering,maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi,memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.



Saya ingatkan lagi,hadis ini amatlah sahih,sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini,dengan kata lain,mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas,Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya,dan mengikut kajian sains,tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya,dan ketika itulah Nabi Isa turun.

dan anda semua perlu faham,sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun,asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian,proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:

- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...

- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)

- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita,benarkan???

- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....

- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...

-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak,

dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...

-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku,rakan-rakan,semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa kita duga...



Ingatlah saudara-saudara ku... Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja,dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama,mereka bertiga adalah manusia belaka,Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.



Ketahuilah mereka bertiga ialah:

- Al Masih Imam Mahadi

- Al Masih Dajjal

- Al Masih Isa



Ingatlah kawan-kawan... sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah,dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda,samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu.Ketahuilah,Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu,ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,dan anda harus ingat!!!





Sekali lagi saya ingatkan anda,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil,dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.

Planet Nibiru(Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi.Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT?OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT.Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna,apa sahaja jentera langit dan bumi,asalkan yang mempunyai saluran elektrik,akan dengan sendirinya tidak berfungsi,satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi,dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.

Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno,menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR......



KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian,sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api.Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...



Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan



Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis,maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini... Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku,adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,manusia akan kembali kepada fitrah semula,dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar,adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam,kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...



Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:

-melangsaikan hutang dunia

-membeli tanah di kawasan pedalaman

-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung

-membeli kuda seorang dua ekor

-mengasah pedang dan mencanai keris

-menguasai kembali teknik MEMANAH

-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang



Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan... dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa,dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,sekali lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,bila satu tanda besar keluar,perhatikan sekeliling anda,semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan?bila satu tanda besar keluar,akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...



Dan ingatlah wahai Muslimin,doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad,kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah,Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.



Pesanan Terakhir,langsaikan hutang secepat mungkin,tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,kumpulkan kain-kain yang tahan lama,ternak dan gembala kambing,ajar anak-anak menunggang kuda,simpan cermin mata anda sebaik mungkin,banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah,banyakkan berenang di waktu petang,minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh,kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)
Read More...
separador

Tuesday, October 26, 2010

--, ??

Iskandar Zulkarnain penakluk agung

Iskandar Zulkarnain dikenali sebagai raja dan penakluk yang tiada tolak bandingnya. Di kalangan umat Islam, beliau dikenali sebagai Iskandar Agung. Manakala dalam masyarakat Barat, beliau dipanggil Alexander The Great. Namun, perbezaan nama itu menimbulkan persoalan yakni adakah kedua-dua nama itu orang yang sama ataupun tokoh yang berbeza. Persoalan ini masih belum terjawab. Di kalangan ulama dan para sarjana, mereka berbeza pendapat mengenai perkara ini kerana terdapat beberapa perbezaan dan ketidakselarasan cerita mengenai Iskandar Zulkarnain mengikut versi Islam dan barat.Namun begitu A. Yusuf Ali, salah seorang ulama yang terlibat dalam menterjemah dan mentaksirkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris, menyimpulkan bahawa Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Quran dan sejarah Islam sama dengan Alexander The Great di barat. Perbezaan nama itu timbul kerana Raja Iskandar Zulkarnain menguasai empayar yang luas melangkaui dari benua Eropah sampai ke Timur Jauh. Beliau memerintah dua kerajaan dunia iaitu Timur dan Barat. Iskandar Zulkarnain pernah memimpin bala tentera ke Parsi, India, Bulchistan, dan Asia Tenggara. Malahan pernah belayar mengelilingi Semenanjung Tanah Melayu dan singgah di kota Medang Kamulan timur yang terletak di Kelantan.Di Medang, Iskandar Zulkarnain merancang untuk menguasai seluruh Kepulauan Melayu. Menurut catatan sejarah, Iskandar Zulkarnain berada Pulau Jawa selama 20 tahun untuk tujuan berdakwah. Setelah itu, beliau memimpin angkatan tenteranya menuju ke China. Kedatangannya mendapat tentangan yang hebat daripada Maharaja China. Tetapi bala tentera Iskandar Zulkarnain terlalu kuat dan akhirnya tentera China menyerah kalah.Maharaja China terpaksa menyerahkan bahagian timur Wilayah Shensi kepada Iskandar Zulkarnain. Beliau telah melantik seorang gabenor dan menamakan wilayah itu ‘Shang’ iaitu dari sebutan Cina ‘Yaksan’, nama asal Iskandar Zulkarnain. Selepas berjaya menguasai sebahagian wilayah Shang, China, Iskandar Zulkarnain meneruskan misi penaklukan ke negara Korea sebelum menyeberang ke Kepulauan Jepun. Dengan itu, tercapailah hasrat Iskandar Zulkarnain untuk sampai ke negara matahari terbit iaitu tempat yang paling hujung di sebelah timur.Di setiap negara yang ditaklukinya, Iskandar Zulkarnain telah mengambil kesempatan untuk menyebarkan agama Nabi Ibrahim. Hampir tiga perempat dan penjuru dunia telah dijejaki oleh Iskandar Zulkarnain. Perihal ini ada disebut dalam al-Quran bahawa Iskandar Zulkarnain telah sampai ke negara matahari jatuh iaitu Norway dan terbit yakni Jepun. Sebab itulah beliau digelar “Zulkarnain” yang dalam bahasa Arab membawa pengertian “yang mempunyai dua tanduk”. Dua tanduk itu merujuk kepada dunia barat dan timur. Iskandar Zulkarnain dipercayai hidup lebih 3500 tahun yang lalu.Mengikut kitab Sulalatus Salatin, raja-raja Melayu merupakan keturunan Iskandar Zulkarnain. Ramai pengkaji sejarah meragui hubungan tersebut dan menyifatkannya sebagai percubaan penulis kitab itu untuk mengangkat martabat dan menunjukkan kehebatan serta kemuliaan raja-raja pada zaman dahulu. Sesetengah pula yang menyifatkannya sebagai mitos yang sengaja diadakan. Begitu juga legenda mengenai Iskandar Zulkarnain sengaja diperbesar-besarkan.Mengikut legenda barat, Raja Iskandar Agung pernah membina tembok gerbang besi bagi menyekat Yakjuj dan Makjuj yang lari ke sebuah gunung. Tujuannya ialah untuk mengelakkan kedua-dua makhluk ini daripada membuat onar dan mencetuskan huru-hara. Gerbang besi ini kononnya pernah ditemui oleh seorang pengembara China pada kurun ke-7 Masihi. Pengembara yang bernama Hiouen Tsiang menjumpai gerbang itu ketika dalam perjalanannya ke India. Beliau hanya menemui dua daun pintu yang diperbuat daripada besi dan digantung dengan loceng-loceng. Pintu gerbangnya sudah tidak wujud lagi. Keadaan ini mungkin disebabkan gerbang besi itu telah dirobohkan oleh orang-orang Monggol yang keluar menjelajah ke barat. Tembok gerbang besi itu dipercayai terletak di sebuah daerah yang bernama Hissar iaitu lebih kurang 150 batu dari Bukhara.Kisah Iskandar Zulkarnain turut disebut secara tidak langsung dalam kitab Injil. Iskandar Agung atau Alexander The Great dibayangkan sebagai seorang raja yang gagah perkasa dan memerintah jajahan yang besar. Namun empayar jajahannya musnah selepas kematiannya. Josephus, seorang ilmuwan yang berbangsa Yahudi-Palestin yang hidup hampir sezaman dengan Nabi Isa a.s. pernah menulis secara panjang lebar mengenai lawatan Iskandar Zulkarnain ke Juruselam dan Baitul Mukaddis yang menjadi kota suci kepada orang-orang Yahudi, Nasrani, dan Islam.Baitul Mukaddis pernah diperintah oleh Nabi Sulaiman dan Nabi Daud. Selepas kewafatan kedua-dua nabi tersebut, orang Yahudi berbalah sesama sendiri dan menyebabkan kota itu jatuh ke tangan Iskandar Zulkarnain. Selepas Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, Baitul Mukaddis jatuh pula ke tangan beberapa kuasa seperti Rom, Parsi, dan Islam. Sehingga ke hari ini, Baitul Mukaddis masih menjadi rebutan di kalangan orang-orang Islam, Yahudi, dan Nasrani dan menyebabkan pergolakan di Palestin masih menjadi isu yang tidak kunjung selesai.Yang lebih menarik dan pelik mengenai Iskandar Zulkarnain ialah beliau dikatakan pernah berguru dengan Aristottle, anak murid Plato, ahli falsafah Yunani yang terkenal. Justeru itu, timbul persoalan apakah Aristottle merupakan seorang yang beragama Islam kerana tidak mungkin bagi Iskandar Zulkarnain yang menganut ajaran Nabi Ibrahim mempelajari sesuatu yang bertentangan dengan akidah dan kepercayaannya. Bukan sekadar itu, Iskandar Zulkarnain juga dikatakan memperturunkan zuriatnya di Asia Tenggara, India, dan Parsi. Di antaranya ialah “Bharata” yang lahir di Pulau Jawa. Daripada “Bharata” pula lahir Anushirwan yang menjadi Raja Parsi dan turun kaum Pandawa serta Kaurawa dalam abad pertama Masihi.Nampaknya terdapat usaha daripada pelbagai bangsa dan kaum untuk menghubungkan keturunannya dengan Iskandar Zulkarnain. Jadi sudah tentu Iskandar Zulkarnain merupakan seorang tokoh dunia yang begitu hebat sehingga namanya disebut hampir dalam kebanyakan peradaban besar dan utama dunia. Setiap bangsa dan peradaban mempunyai panggilan yang tersendiri terhadap Iskandar Zulkarnain. Mereka cuba menampilkan sifat-sifat Iskandar Zulkarnain mengikut acuan serta nilai masyarakatnya. Oleh hal yang demikian, bukan suatu perkara yang menghairankan kalau Iskandar Zulkarnain mempunyai nama dan panggilan yang lain selain daripada Iskandar Agung dan Alexander The Great. Hal ini kerana pada hakikatnya kedua-duanya merupakan orang dan tokoh yang sama.
Read More...
separador

baca jer .......

ISKANDAR ZULKARNAIN BUKAN ALEXANDER THE GREAT


ISKANDAR Zulkarnain bukan Alexander The Great. Kedua-duanya amat berbeza, kecuali kekeliruan sejarah yang menganggap mereka berdua sama orangnya.

Kekeliruan ini ditimbulkan kerana ciri perkasa dalam cara mereka berperang dan menakluki dunia, sehingga tidak dapat membezakan akhlak dan visi mereka berdua.

Bila kita menonton filem Alexander, jelas menunjukkan perbezaan akhlak mereka.

Alexander berkubang dengan nafsu bila mengahwini Roxana yang dalam satu adegan bertelanjang bulat. Jelas ini bukan tingkah laku Iskandar Zulkarnain.

Filem Alexander dicipta dari segi visi Kristian. Ini boleh dilihat dari sudut usianya. Alexander mencapai segala kejayaannya dalam usia 33 tahun atau 35 tahun, menyerupai pencapaian keagamaan oleh Nabi Isa yang wafat atau diangkat ke hadrat Allah dalam usia 33 tahun. Walaupun ini tidak disebut, itulah yang disampaikan secara halus.

Nama Zulkarnain, disebut dalam Surah al-Kahfi ayat 89-99, apabila Zulkarnain tiba di Armenia, penduduknya meminta pertolongan kerana selalu dianiaya oleh kaum yang dinamakan Ya’juj dan Ma’juj atau Gog-ma-Gog.

Zulkarnain mendirikan dinding campuran besi dengan tembaga sebagai sempadan atau halangan daripada kaum Ya’juj dan Ma’juj itu, tanpa mengambil upah sedikit pun. Zulkarnain juga menyaksikan matahari terbit iaitu untuk menghayati kebesaran Allah SWT dan matahari terbenam di barat.

Alexander tidak berakhlak seperti Zulkarnain. Alexander dengan tenteranya yang besar membawa malapetaka kepada negara yang diserangnya. Di Mesopotamia atau Iraq, Alexander meruntuhkan Babylon dan menghanguskan kota Persepolis yang hebat itu.

Walaupun Alexander membuka kota Alexanderia di Mesir, kebanyakan kota strategik, termasuk Kaherah dimusnahkan. Kota Alexanderia atau Iskandariah dirikan kerana kepentingan pelayaran di Laut Mediteranean untuk ke Greece dan menguasai lautan itu.

Perbezaan paling ketara antara kedua-duanya, Zulkarnain beragama Islam mengikut syariat Nabi Ibrahim sedangkan Alexander tidak beragama atau menganut fahaman Hellas atau Hellenism, suatu fahaman dalam masyarakat Greek waktu itu. Macedonia adalah sebuah negeri dalam Greece.

Zulkarnain memerangi kezaliman, penganiayaan dan menegakkan kebenaran, agama dan kemanusiaan, sedangkan Alexander menyerang untuk keagungan diri, memusnahkan kemanusiaan dan menghambakan manusia.

Jangan samakan Alexander dengan Zulkarnain yang memang agung menjadi contoh perjuangan untuk membina negara Islam kepada Nabi Muhammad SAW.

Kisah Zulkarnain termaktub dalam wahyu Allah SWT, Alexander hanya dicatat dalam sejarah Eropah sebagai penjajah dan pemusnah kemanusiaan di seluruh dunia.
Read More...
separador

Friday, October 22, 2010

baca and hayati .... kalu salah silap sorry sbb ni pown paste dr org lain .. nge~

SEJARAH HORUS THE SUN GOD

by Iqram Qere Nz on Friday, October 22, 2010 at 7:42pm

Mengenali Sejarah

TIDAK ramai daripada kita menyedari mengenai realiti bahawa politik dunia hari ini berada di bawah kuasa pemerintahan golongan penyembah syaitan yang mengadakan konspirasi sejak zaman berzaman melalui gabungan pertubuhan-pertubuhan rahsia atau secret societies.

Sejarah kewujudan dan kelahiran secret societies bermula seawal pemerintahan raja-raja Mesir purba (firaun) yang mengambil masa ribuan tahun dahulu. Ia bermula dengan sejarah pemerintahanFiraun Horus yang lebih dikenali dalam catatan hieroglif Mesir purba sebagai Tuhan Matahari atau Sun God.

Menurut catatan purba, Horus dilahirkan permaisuri Mesir benama Isis ketika matahari sedang naik (menurut sumber lain, nama Isis sebelum ditabal menjadi permaisuri ialah Merri) Horus dikatakan lahir pada tarikh 25 haribulan pada bulan terakhir mengikut Kalendar Matahari. Apabila dirujuk kitaran pusingan bumi semasa kelahirannya, catatan astronomi Mesir purba pula merekodkan, kedudukan tiga bintang yang dinamakan hari ini sebagai The Three Kings pada tarikh Horus dilahirkan berada pada bacaan 135 darjah daripada bintang Sirius. Manakala kedudukan matahari pula berada pada bacaan 315 darjah daripada Sirius jika dilihat dari bumi. Bumi pula berada pada bacaan 315 darjah dari Matahari. Dan kedudukan itu selari dimana Three Kings, Sirius, Matahari dan Bumi berada di satu garisan yang sama. Kenapa fakta seperti itu diketengahkan, akan dijelaskan nanti.

Berdasarkan catatan purba, Horus yang mempunyai pengetahuan dalam ilmu sihir dikatakan banyak mengetuai peperangan dalam meluaskan empayar dan salah satu daripada peperangan itu menyebabkan mata kirinya buta walaupun Horus akhirnya memenangi pertempuran. Disebabkan salah satu matanya menjadi buta, Horus digelar One-Eyed Sun God oleh golongan elit istana dan rakyat Mesir.

Juga dicatatkan, Horus akhirnya berjaya digulingkan selepas dibelot dan disalib manakala badannya dikerat-kerat sehingga darahnya memancut keluar. Horus juga dikatakan tidak mati tetapi berada dalam matahari dan sedang memerhati manusia sehingga ia kembali semula ke bumi untuk menjadi raja semula.

Perjalanan sejarah Horus jika dilihat secara kasar mempunyai persamaan dengan perjalanan riwayat Jesus atau Nabi Isa menurut kepercayaan Kristian hari ini. Horus dikatakan lahir pada hari ke-25 pada bulan terakhir mengikut Kalendar Matahari, manakala Isa pula menurut kepercayaan Kristian hari ini dikatakan lahir pada 25 Disember mengikut Kalendar Masehi (Gregorian/After Death atau A.D). Kedudukan Three Kings, Sirius, Matahari dan Bumi juga berada pada bacaan yang sama. Isa juga dikatakan disalib sebagaimana Horus.

Ini bukanlah untuk menimbulkan perbalahan agama, tetapi mengapa wujud persamaan ini dalam catatan sejarah. Mengikut sejarah Kristian, Jesus akhirnya disalib dan dibunuh oleh penguasa Rom selepas menerima hasutan daripada golongan Yahudi yang memusuhinya melalui bantuan pembelot Judas Escariot selepas menerima rasuah wang 30 Derham.

(Kita sebagai umat Islam percaya kenyataan yang sebaliknya dengan berpegang teguh kepada kalimah Allah dalam Quran iaitu Isa ditemani Jibrail dan diangkat ke langit oleh Allah beberapa ketika sebelum Judas (Yahudza) dijelmakan seperti Isa dan disalib menggantikan Isa)

Bangsa Yahudi mempunyai kisah yang panjang dalam sejarah manusia melalui sekuel-sekuel yang berpanjangan. Bangsa ini wujud dalam setiap sejarah tamadun manusia. Mereka wujud dalam sejarah Mesir, juga wujud dalam sejarah Babilon, begitu juga dalam sejarah Rom, sama juga dalam sejarah Yunani. Sejarah mereka cukup panjang. Perjalanan hidup bangsa itu bukan sahaja direkodkan oleh penulis-penulis mereka sendiri melalui buku-buku sejarah bangsa mereka, malah turut direkodkan dalam Quran dan kitab-kitab Allah yang terdahulu melalui kisah-kisah kenabian sebelum Muhammad.

Pertama, kita pergi semula kepada sejarah Mesir. Masyarakat Mesir mempunyai kepercayaan yang mendewakan manusia, mempercayai firaun adalah tuhan. Tetapi kita jangan lupa, politik Mesir purba juga banyak dipengaruhi ahli sihir yang terlibat sama dalam pemerintahan Mesir. Kisah ahli sihir firaun juga diceritakan secara terpeinci dalam Quran, kisah dalam Quran mengenai firaun adalah lebih detail berbanding daripada kisah firaun dalam Bible Old Testament. Namun Quran tidak menjelaskan nama firaun yang memerangi Musa, Quran hanya sekadar menamakan raja itu sebagai firaun.

Ketika pemerintahan Horus (juga tiada bukti kukuh untuk mengaitkan Horus dengan firaun yang memerangi Musa kerana tidak diceritakan dalam Quran mengenai identiti firaun yang dimaksudkan secara jelas) Ketika pemerintahahan Horus, bangsa Yahudi telah lama menjadi hamba kepada golongan istana dan juga menjadi hamba kepada tukang-tukang sihir. Bani Israel ini hidup dalam keadaan tertindas. Namun sebahagian Bani Israel ini menerima kepercayaan bahawa firaun itu adalah tuhan, pada masa yang sama mereka bekerjasama dengan tukang-tukang sihir dalam menjayakan cita-cita Horus mempeluaskan empayar Mesir dan seterusnya menguasai dunia.

Lama kelamaan, amalan sihir ini menjadi darah daging sebilangan golongan Yahudi ini dan mereka juga yakin dengan kepercayaan bahawa firaun itu adalah tuhan yang menguasai sekelian alam kerana syaitan boleh memberi setiap kemahuan mereka asalkan mereka mengaku bahawa syaitan itu adalah tuhan mereka, mereka juga diperdaya syaitan bahawa Tuhan (Allah) tidak menurut kemahuan mereka sebagaimana syaitan memenuhi segala yang mereka inginkan termasuk kekayaan dan kuasa politik. Pada masa yang sama, Yahudi satanis ini juga tahu Allah itu tuhan sebagaimana ajaran nabi-nabi terdahulu seperti Ibrahim (Abraham) dan Ishak (Isaac). Namun mereka lebih menginginkan kekuasaan dan kemewahan dunia seperti dijanjikan syaitan melebihi ujian di dunia jika menurut perintah Allah. Semasa zaman kenabian Musa, mereka juga tahu Musa itu benar tetapi menafikannya.

Dalam Islam, sihir mempunyai kaitan rapat dengan amalan penyembahan syaitan kerana ia adalah ilmu syaitan dan manusia diharamkan untuk mendekati pengetahuan itu. Secara langsungnya, agama Mesir purba ada kaitan dengan amalan sihir dan merupakan penyembahan mutlak kepada syaitan. Horus juga mengikuti ritual-ritual bersama tukang sihir, dan amalan sihir digunakan untuk mengukuhkan kekuasaan politik dan senjata untuk memperluaskan empayar Mesir bagi tujuan menakluk dunia. Namun kuasa sihirnya berjaya dipatahkan oleh musuh ketika dalam peperangan sehingga menyebabkan mata kirinya buta. Disebabkan kesungguhan Horus untuk menakluk dunia, golongan Yahudi yang turut sama menyembah syaitan ini bertekad merancang untuk menghidupkan semula Horus melalui perantaraan syaitan (walaupun terpaksa mengambil masa yang lama).

Golongan Yahudi ini terus mengamalkan penyembahan syaitan secara turun temurun melalui keturunan-keturunan keluarga mereka sehingga ke zaman firaun-firaun seterusnya, bahkan terus wujud sehingga berakhirnya zaman firaun dalam politik Mesir.

Golongan ini sedar bahawa mereka perlu mengembangkan agama syaitan mereka untuk mencapai cita-cita mengembalikan Horus. Mereka menyelinap masuk ke puak-puak Yahudi yang lain (bangsa Yahudi ada 12 puak) dan mengembangkan fahaman mereka. Mereka terus menyembah syaitan untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh melalui sihir.

Mereka memasuki Assyria, Babilon, Rom, Greek dan serata dunia sejak zaman berzaman. Yahudi penyembah syaitan ini memasuki Babilon dan bekerjasama dengan Babilon untuk menjadikan Yahudi di Jerusalem sebagai tawanan perang dan dibawa ke Babilon dijadikan hamba pada tahun 536SM. Strategi ini dibuat bagi melupakan bangsa Yahudi mengenai ayat-ayat Allah. Mereka merancang bersama Babilon untuk menawan Jerusalem, merampas kekayaan Jerusalem dan mengubah kitab-kitab Allah bagi menjayakan agenda mereka. Begitu juga yang berlaku semasa zaman kenabian Isa. Mereka wujud dalam hampir semua peristiwa di pentas sejarah manusia dan sejarah dunia.

Penentangan mereka kepada agama Allah adalah disebabkan ajaran Tauhid menyembah Allah secara total dan menyedarkan manusia mengenai musuh yang sebenar, iaitu syaitan. Disebabkan syariat agama Allah melalui nabi-nabi terdahulu yang menyedarkan manusia mengenai tipu daya syaitan, maka mereka berusaha melenyapkan ajaran Tauhid. Pada masa yang sama memperluaskan agama syaitan mereka ke seluruh dunia.

Semasa kenabian Muhammad, agenda mereka terus berjalan dan nabi Muhammad menyedari agenda itu. Muhammad pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya mengenai bahaya ancaman golongan itu dan ia adalah ancaman Dajjal dan pengikut-pengikutnya yang menyembah syaitan.

Hari ini, penyembah syaitan ini sudah hampir kepada perancangan terakhir mereka untuk menghidupkan semula Dajjal yang bermata satu, Horus atau One-Eyed Sun God. Bukti perancangan dan agenda mereka berada di sekeliling kita tanpa semua di kalangan kita sedar. Penyembah Allah (umat Islam) kini dihujani pelbagai fitnah, dituduh sebagai pengganas dan sebagainya, ia adalah ancaman fitnah pengikut dajjal (penyembah syaitan) seperti yang pernah dipesan oleh Muhammad pada lebih 1400 tahun lalu. Islam yang merupakan satu-satunya agama Allah yang masih mendokong Tauhid terus ditentang habis-habisan dan cuba disesatkan sebagaimana ajaran-ajaran Tauhid terdahulu.

Kata-kata Muhammad terbukti benar. Penyembah syaitan ini berlindung di sebalik pertubuhan-pertubuhan rahsia yang berada diseluruh dunia, mereka bersatu di bawah agenda besar Illuminati & The New World Order bagi mencapai cita-cita kedatangan Messiah (al-Masih) yang mereka percaya iaitu Dajjal (Ad-Dajjal al-Masikh) dan menidakkan kehadiran al-Mahdi yang sebenar yang diutuskan Allah dan memerangi al-Mahdi Islami.

Perang akhir zaman akan kelihatan seperti peperangan antara Yahudi, Nasrani yang memerangi Islam tetapi ia sebenarnya adalah perangan antara Islam memerangi angkatan syaitan yang bekerjasama dengan Yakjuj Makjuj. Ia kelihatan seperti Islam berperang dengan Yahudi/Nasrani kerana Illuminati memperkuda dan berselindung di sebalik dua agama itu dalam menjayakan agenda jahat mereka.

Setiap kekecohan dan perjalanan dunia yang berlaku hari ini ada perancangnya, cuma satu kumpulan yang merancangnya, mereka juga merancang seluruh sejarah dunia dengan bantuan syaitan supaya kita berfikir bahawa setiap sejarah itu berlaku secara kebetulan, tetapi sebaliknya ia dirancang dengan sangat licik oleh generasi-generasi satanist. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu sangat halus..

Semua ini bukan satu teori kosong semata-mata, terdapat bukti yang akan dihujahkan bagi menyokong setiap bukti dan tanda-tanda yang ada. Sesungguhnya, kedatangan kiamat itu benar, ujian Dajjal itu benar. SESUNGGUNNYA ALLAH LEBIH MENGETAHUI SETIAP APA YANG TERAHSIA DI LANGIT DAN DI BUMI.Kami hanya berusaha menyampaikan segala pengetahuan untuk dikongsi bersama saudara seagama bagi melihat kebangkitan semula umat Islam pada hari ini.

Berpeganglah dengan kalimah iman: Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, Muhammad itu Rasul Allah.

dan

Ajarlah generasi kita supaya memberi salam kepada sesama Muslim, mentaati perintah Allah, berzakat untuk kebajikan Islam, menghormati orang tua, mematuhi mentaati ibu bapa, menuntut ilmu, menjadi bijak, tidak kufur dan paling utama mengenali kebenaran Tauhid kerana ia akan membebaskan diri kita daripada segala kekeliruan dan menemukan kita kepada setiap jawapan.WaAllahu Alam.



Read More...
separador

Followers